Entri

Fakta Hari Raya


23 September 2009

23 September 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua pengunjung blog aku tidak kira walau dimana jua kau berada. Tahun ini seperti juga tahun sebelumnya, aku hanya beraya di rumah saja. Hari raya pertama saja keluarga aku pulang ke kampung kerana abah aku ingin beraya di sana. Pukul 5 petang itu pulang semula ke rumah..hehe. Disebabkan aku beraya di rumah, aku telah membuat kajian mengenai blogger yang update blog pada hari raya. Keputusan yang aku dapat ialah :
  • 70% blogger tegar tidak update blog pada hari raya pertama dan kedua
  • 20% blogger tegar yang update blog tetapi hanya di malam hari.
  • 10% blogger tegar mengepos entry baru mengikut jadual (scheduled post)

Haha..adakah ia benar? Itu hanya pada pandangan akulah. Jika kau ada pandangan lain, bolehlah mengomen di tempat komen. Ramai blogger yang update blog mengenai cerita suasana di kampung atau tempat beraya pada hari raya pertama. Semua cerita menarik-menarik belaka..hehe. Aku? Nanti aku update cerita raya aku pula..hehe


Beraneka jenis baju raya dan sampin di Mydin.

Sudah lama kita menyambut hari raya. Namun, ada fakta disebalik hari raya dan persiapan yang dibuat untuk menyambut hari raya ini. Fakta-fakta ini merupakan hasil pengalaman aku sendiri dari kecil hingga sudah mencapai tahap matang dan boleh berkahwin ni. Mari kita lihat :
  1. Puasa membuatkan kita lebih tenaga
  2. Percaya atau tidak kau mesti percaya. Berpuasa membuatkan ramai orang lebih bertenaga terutamanya kepada mereka yang terlalu excited untuk menyambut raya. Memang tidak difikirkan sangat puasa itu selagi rumah tidak dihias atau dicat baru. Adakalanya tidak tidur sampai esok pagi kerana memikirkan hal mengemas atau menghias rumah.
  3. Jurujual tersenyum riang gembira
  4. Bagi jurujual bermusim, pastinya ini peluang yang paling tidak boleh dilepaskan terutamanya jurujual yang menjual kuih raya. Mereka menggunakan waktu-waktu kecemasan dimana ramai orang tidak sempat untuk membuat kuih sendiri supaya membeli kuih raya yang ada. Macam-macam cara jurujual ini guna untuk tarik perhatian pembeli supaya membeli kuih mereka.
    Kuih raya yang pelik. Sumber : Lowyat Forum
  5. Malam 29 Ramadhan detik bermakna
  6. Paling bermakna. Sanggup tengok berita semata-mata nak tunggu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja muncul dikaca televisyen. Ada pula yang dapat menjangkakan hari raya dengan melihat riak wajah atuk itu..hehe
  7. Hari raya pertama
  8. Semestinya pada hari raya pertama, menjadi lumrah setiap manusia yang beragama Islam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagai tanda bersyukur dan meraikan hari kemenangan kerana berpuasa di bulan Ramadhan. Tetapi, sudah menjadi lumrah juga orang lelaki beragama Islam akan memakai baju melayu dari pagi sehingga petang..hehe.

Itu merupakan antara fakta yang aku lihat ketika umat Islam menyambut hari raya. Tetapi, fakta yang kau mesti tahu ialah pada tahun ini bulan Ramadhan tidak cukup 30 hari. Ini bermakna kita hanya berpuasa selama 29 hari sahaja. Tidak perlu mengganti puasa untuk cukup 30 hari kerana 1 Syawal pada tahun ini telah ditetapkan dengan menggunakan kaedah rukyah iaitu cerapan anak bulan. Ini adalah antara data yang dikeluarkan oleh Balai Cerap Khawarizmi, Melaka bagi rukyah anak bulan 1 Syawal 1430 Hijrah :
Kriteria Nilai
Tarikh cerapan Sabtu, 29 Ramadhan 1430H / 19 September 2009M
Masa terbaik cerapan 7.19 petang
Masa Matahari terbenam 7.09 petang
Keadaan langit Berawan

Itu sahaja dari aku. Nanti aku cuba update lagi blog aku ini. Aku sedang dalam usaha mencantikkan template blog yang baru aku jumpa. Template itu akan menggantikan template coklat ini yang hendak mencecah setahun sudah.

3 komen:

  1. mungkin tegar xsesuai
    blogger saja kot
    klu tegar cam ku ni
    mana2 pon update
    hehe

    ReplyDelete
  2. lamenyee nak tuka layout..dri sem lps reen dgr..lame2 cmni,klo x gempak gak, xtawu la nk ckp pe..hahaha

    ReplyDelete
  3. wah lps ni rumah nk cat kaler apa lak?

    ^__^

    ReplyDelete

- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini

 

Contact Form

Name

Email *

Message *

Copyright © 2008-2014 • Blog Ini Bukan Coklat v4 • All rights reserved